::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

‘laughter is the best medicine’

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:06 AM



1) KETAWA meningkatkan imune sistem
Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya cel imune akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh untuk menangkis segala penyakit dalam badan korang

2) KETAWA meningkatkan hormon endorphine
Endorphine adalah hormon yang sangat berguna untuk badan dan fungsinya adalah memberi kesegaran kepada badan. Terasa ‘happy’
memanjang, hormon ini sangat banyak dirembeskan ketika ketawa
3) KETAWA melindungi jantung
Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya, penyakit berkaitan jantung akan terhindar dengan sendirinya






Keburukan Ketawa – Banyak Ketawa hati Mati
Petikan Dari : Utusan Malaysia
SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba


sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan. Manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.
Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.

Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah: 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Sedih,
murung, riang, gembira
dan ketawa 
adalah sentuhan naluri semula jadi. Tetapi
Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.
Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).”
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif.
 Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.

Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.
Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, 
tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana.
Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.
haha!cream ske tgok cte lawak2 bia boley gelak habis habisan!
baru la puas..haha!ish2..tak elok tak elok
 










 

yAng mEnuLis~

6 comments:

NURUL NAJWA said... @ February 23, 2011 at 8:59 AM

aq mmg ske ktawa2 ni...ahakz~

NURUL NAJWA said... @ February 23, 2011 at 9:01 AM

hahaha..tpi yg brok 2 aq xnak..lalala~

maNgo_cReam('',) said... @ February 23, 2011 at 11:31 AM

haha~aengal ny najan.. ko nak y elok2 je ~haha

mira salleh said... @ February 23, 2011 at 1:33 PM

ketawe jom !! hehe

maNgo_cReam('',) said... @ February 23, 2011 at 2:43 PM

mira~sume ko nak like~hak hak.. tak pe tak pe ak suke..haha!

mira salleh said... @ February 23, 2011 at 8:21 PM

ana,. heheheh like2!! haha

Post a Comment

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>