::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

penghubung manusia dengan pencipta (doa)

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:33 AM




assalamualaikum..
sebelum cream menaip panjang ..mari kite selami sebentar firman Allah..

maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan maka merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada dia sedang baring , duduk ataupun berdiri . Tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu darinya , maka dia kembali seperti asal (derhaka) seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami akan kesusahan yang telah Kami hilangkan darinya . Begitulah orang orang yang melampaui batas itu memandang baik terhadap apa ysng mereka lakukan ." ( Surah Yunus :12 )

cube kita hayati bait bait maksud surah ini.. rase nye tepat terkene ngn hidung kita.. eh.. bagi cream la..
cream tersentap jugak bila membaca maksud ayat ini..

kite selalu berdoa.. kadang kadang sambil berdiri ,duduk , baring..
tak semestinya selepas sembahyang sahaja.. doa itu mudah..
bila nak masuk toilet pon kite berdoa kan?
contoh bile masuk toilet kite cakap cam ni "Ya Allah jangan lah ada org tolak engsel pintu ini sebab engsel pintu ini dah rosak" . itu pon kire doa jugak

dalam pengharapan (dalam berdoa) disertai dengan tawakal kepadanya..

tetapi tanpa kita sedari doa yang kita panjatkan kepadaNya sentiasa dimakbulkan.. sama ada lambat atau cepat atau sama ada di dunia mahupun di akhirat..

mari singkap sebentar firman Allah..

Maksudnya : Diwajibkan keatas kami berperang (menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu tidak sukai . Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai otu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Surah Al Baqarah:216)

Syekh Ibnu A'thoillah telah menyebut:
Maksudnnya : Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalang mu pada Nya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufiq dan hidayat Nya..

Alangkah baiknya jika sangkaan baik itu sentiasa di dalam diri . Menyerahkan segalanya kepada nya .Kerana Dia maha mengetahui hakikat segala sesuatu..
mohon agar diberikan sifat redha dan Qanaah terhadap segala yang telah ditakdirkanNya

p/s: mohon dibetulkan jika ada kesilapan

yAng mEnuLis~

SOLAT TAHAJJUD

Published by maNgo_cReam('',) under on 3:55 PM

assalamualaikum..
sekadar perkongkisan yang cream dapat dari sebuah buku
,dan semoga dapat diamal kan dalam diri kita..termasuklah saya yang tengah menulis ini..insyaallah

(surah al-isra :79)
maksudnya: "Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanyan sebagai solat tambahan bagimu,semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat ditempat yang terpuji"



Rasullullah s.w.t pernah bersabda :
maksudnya: "Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat lalu kedengaranlah sudatu suara yang menyeru: Siapakah dia orang orang(di dunia dahulu yang telah meninggalkan tempat tempat tidur mereka dengan berqiyammullail?) Lalu bangun sekumpulan kecil orang orang yang bangum malam itu lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan hisab pada semua manusia" (Riwayat Al-Baihaqi)



yAng mEnuLis~

melihat dengan hati,,maka bersyukurlah..

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:02 PM

assalamualaikum sahabat semua..~
apa khabar,baik kah iman?http://www.smileycodes.info
semoga segala perbuatan kita mendapat kerahmatan dan keredhaanNya..
rase nye cream dah lame tak post kat blog nih..
bukan rase nye.. memang dah lame pon..
sekarang nih baru la cream sempat jari2 nih menari2 kat keybord nih.
cream baru je cuti sem... org dah lame cuti sem,cream baru nak cuti..

balik nih cream dok menelajah la laman laman sesawang yang ad kat dlm alam maya nih..(*betul k ayat tu?)
cream suke berjalan jalan kat blog orang lain..
http://www.smileycodes.info memg hobi tegar dah... tapi bile ada masa la..
jadi nye cream 'usha' la blog kawan kawan..

mm,terlintas perasaan cemburuhttp://www.smileycodes.info dekat kawan kawan kerana terase suasana dan tempat mereka belajar sangat 'selesa' . suasana mereka seperti suasana di sekolah cream dulu.. untuk mencari ilmu akhirat senang sangat.. bagai air sungai yang mengalir.. takpayah dicari,memang dah ada depan mata, dalam sylibus pelajaran mereka pun.. cume nak diaplikasikan dalam diri atau pon tidak. mm,sebab nye kebanyakn sahabat sahabat cream sekarang belajar di usim,uitm,jordan,mesir dan sebangai nye.. bagi cream tempat mereka 'selamat' .
oleh itu adik adik,sahabat sahabat yang sedang bersekolah di smka,sma,atau pun berada dalam suasana usrah.. maka 'grap' la segala ilmu dan aplikasikan lah dalam kehidupan.. jadilah pohon yang berbuah...
http://www.smileycodes.infojangan disia siakan ilmu yang diperolehi..mm,bila difikir kembali,,cream rase menyesal kerana tak 'grap' betul betul ilmu yang ustaz ngn ustazah beri.. belajar semata mata kerana exam.. bila dah abis exam sume lupa..
tapi takpe lah,,yang lalu dijadikan pedoman untuk masa yang akan datang.. takelok menyesali benda yang lalu...

walaubagaimanapun... cream bersyukur .http://www.smileycodes.info
walaupun kadang kala terasa seperti berada dlm keadaan 'pelik' ,
cream dapat merasai kemanisan berukhwah
walaupun kadangkala terasa iman itu diuji
ada sahabat2 yang sentiasa disisi..

sudah satu sem cream meghabiskan kehidupan disini..
kehidupan yang pada mulanya cream merasakan sangat pelik dan menakutkan..
macam macam bende yang cream pelajari di sane..
macam macam bende yang cream dapat di sane..http://www.smileycodes.info
cream kenal dengan akk akk yang kuat memperjuangkan agama Allah di sini..
"islam datang dalam keadaan dagang (asing),dan kembali dalam keadaan asing"
mm,rasenya cream dapat merasakan keadaan itu..
bila difikirkan kembalihttp://www.smileycodes.info,,cream memanjatkan kesyukuran kepadanya,,alhamdulilah ! kerana cream bersama dengan sahabat sahabat yang membawa kepada cintaNYA..
bersama sama sahabat yang berjihad ke jalan ALLAH untuk menegakkan agama ALLAH.. FISABILILLAH..
dapatkah aku tetapkan iman ku selama beberapa thn lagi disini?insyaALLAH

disini juga cream bertemu seorg sahabat /akk yang sangat cream sayangi..
macam macam yang cream pelajari dari beliau..
walaupun beliau ada masalah beliau sendiri tetapi beliau tetap berdakwah kejalan Allah..

jika aku tidak ditakdirkan disini maka tidak bertemulah aku dengan sahabat sahabat ku ini..
jika aku tidak ditakdirkan disini,tidak kutahu lah sejauh mana iman dan ketakwaan ku kepada mu walaupun iman itu Kau yang nilai..
jika tidak aku ditakdirkan disini maka tidaklah aku tahu betapa kuat dan lemaahnya aku dalam amar maaruf nahi munkar..dalam menegakkan agamaMu

Allah akan menolong hambanya yang menolong agama Allah..
kuatkah aku sebagai mana sahabat sahabat aku yang lain,sebagaimana umat2 tertahulu menegakkan agama Allah?
terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan aku sahabat sahabat yang baik


alhamdulilah kullihal..
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. (",)
jangan melihat dengan mata tetapi lihatlah dengan mata hati..
sesungguhnye Allah lah perancang yang terbaik..http://www.smileycodes.info
ya ALLAH...


yAng mEnuLis~

pilihan

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:03 PM




assalamualaikum...
di dunia ini , kita sendiri yang tentukan apa pilihan kita..
bergantung kepada kita mahu mengikut pilihan yang mengikut akal yang waras atau hawa nafsu semata-mata.
pilihan kita juga atas kehendak yang telah ditentukan oleh Allah..
jika Allah tak mengizin sesuatu itu , maka tidak menjadi lah sesuatu itu..
ku fayakun.. jika jadi maka jadi lah..

panjang nye intro..
ok .. start..
nak dijadikan cerita..
di tempat cream belaja ada macam macam persatuan..
seperti contoh ad kelab sukan,komuniti,kebudayaaan,Islamic Friendship Society(IFS) dan sebagai nya.
yang aktif selalu nye kelab kebudayaan dan IFS..

kat cini ad dua keadaan.. 
untuk kebudayaan,aktiviti nye sangat aktif dan penyertaan nye juga sangat memberangsang kan.
dan untuk lagi satu keadaan bagi IFS ,aktivitinya sangat aktif tapi penyertaan nya sangat mengecewakan...

jika diikutkan akal fikiran,semua dapat berfikik ,dimana manusia ini lebih cenderung dan gemar kepada benda yang menyeronokkan.. tapi persatuan seperti IFS tu tak seronok ka?
mm,ia juga bergantung kepada individu itu sendiri..
jika seronok kata nya maka seronok la..jika bosan kata nye bosan la..
tepok dada tanya iman..
Allah menjanjikan syurga itu manis..
jadi untuk mengecapi sesuatu yang manis,kepahitan terpaksa ditempuhi..
ada kemanisan dalam kepahitan...

tanggal berapa hari bulan tah..ada pertunjukan kebudayaan borneo.anjuran kebudayaan.
bertempat di auditorium tempat cream belaja..
aktivitinya,tari menari,koir,persembahan teater(kot,itu apa yang cream tahu la)
pada mulanya cream dah bayar  RM 1.00 untuk tengok pertunjukan itu..
pluss dengan niat nak dapat jam credit..
tapi Allah tak mengizinkan cream nak joen bende alah tuh..
sebab nye cream dan sahabat sahabat cream ad acara bersama akk akk senior..
sebelum bermula nya acara dengan akk akk, kami sempat mengusha@tinjau2 kedaan sekeliling.
huhu.. kami dok tinjau2 melalui tingkap je..
pas tu amik kesempatan dok usha blok putera(huhu gurau ja)
cube teka apa yang kami dapat simpulkan
V
V
V
V
V
tak kelihatan pon manusia manusia yang berkeliaran di luar..
selalunye hari hari biasa apa yang cream perhatikan,ad la org dok lalu lalang nak pergi kafe..
ad yang dok berdua dua sembang sembang..
ada yang dok wat asigment..
dan macam2 lagi lah..
tapi pada hari itu sungguh ajaebb.. !!
lengang.....

ok,,,tadi kes pertama..

yang ni kes kedua pulak..
pada esok nye ada majlis penutup Tarbiah Islamiah anjuran IFS.
bertempat di tempat yang sama iaitu auditorium..
acara yang terawal, pertandingan nasyid.. selalu tu la acara yang last dipertandingkan..
kemudian acara penyampaian hadiah..
dan so on so on..
ce teka apa yang cream perhatiakn
V
V
V
V
V
bilangan penonton yang hadir sangat sedeh..
dan bilangan lelaki yang hadir jugak dapat dikira dengan jari..
kira dengan kalkulator pon tak sampai satu minit..

-----------
berbalik kepada kelab kebudayaan itu..

satu persolan.. adakah patut gara gara pertunjukan tarian @ teater itu,kita melanggar hukum Allah?
sapa lah kita yang sesuka hati mengadakan peraturan sendiri..
contoh : satu kedaan begini.. seseorg berkata kepada seseorg..
orang 1 : kau kalau nak masuk tarian ni kene bukak tudung..
lepas abis acara kau nak pakai pon pakai lah..
tapi nak masuk ini kne bukak .
jika seorang non muslin yang berkata bergitu dapat dimaafkan lagi.. tetapi..~
mls nak cakap..

-----------


kesimpulan nya,, kita seringkali memilih benda yang menyeronokkan sementara dari keseronokan yang abadi..
sebabnya keseronokan yang abadi itu tak dapat dilihat dengan mata tapi dilihat dengan mata hati..
jadi sentiasa lah berdamping persama sahabat sahabat yang dapat membimbing kita menuju cinta Nya.
peringatan buat diri yang banyak khilaf ini 

semoga ditetapkan keimanan selama mana belajar di sana.. aminn~

maaf andai kata,kata kata cream menyentuh mana2 pihak.
yang baik diambil panduan yang buruk dijadikan tauladan dan sempadan..

seseorang itu akan diuji dengan apa yang diperkatakan,apa yang disampaikan,apa yang ditulis..
waallahualam.. 




yAng mEnuLis~

renungan

Published by maNgo_cReam('',) under on 2:46 PM
Assalamualaikum wbt..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "



waallahhualam.. sekadar ingat mengingati..



yAng mEnuLis~

kalbu..

Published by maNgo_cReam('',) under on 11:14 PM

pls ignore this page . 


ya Allah..!!

attolabatu syarifah,kal lukluil maknun yakunu autad lil najahil waton.
mm,jadi??
apa yang aku cari selama ini?
apa yang aku buat?
kenape kau sedeh sangat?
kenape?
ya  Allah..
kau kuatkan la semangat aku..  
betulkan lah niat aku..
permudahkan lah urusan ku..
yaALLAH
jangan kau bebankan kami apa yang tak mampu kami pukul ya Allah..
kau tetapkan lah cahaya iman dan islam dalam diri ku ya allah!

besok dah nak balik sg.buloh..
aku ingat lagi lecturur ak cakap.. balik cuti nih buang segala sifat sifat buruk tuh..
buat azam yang baru..
my father said "i always think problem.."
all the problem have the solution..
Allah tak beban kan seseorang hambanya dengan beban yang tak mampu mereka pukul..
la yukalifu nafsan ila wusaha..

ape kehe nye ak tulis ,ak nasihat kat diri ak balik..
tawu pon memujuk diri sendiri.. tak ya la nak publish2 kat cini.
sukati ak la ak nak tulis..
haha..
maaf la.. sila ignore page ini,.. jiwa tak keruhann..
wahh.. tengok tengok jam dah pukul 11 lebey??
tak siap packing...!
tak abis bace nota lagi..
haa,lalai lagi..
manusia..

nak bebel lagi nih..
mase selalu mengejar kita tapi kita?
wooh,selalu wat kerje tak bermanfaat.. macam ni la,,
contoh tak elok jangan ikut..
y baik jadi pegangan yang buruk jadi pedoman..
(betol ke tak peribahasa aku ak tak tawu la)
akhirukalam,,kwn aku sering berpesan.. 'senyum senyum..'
haha,, yela .. senyum2
dlm duka kite tetap tersenyum kerana 
dlm senyuman kite  menyebabkan org lain bahagia tak tak berduka sama
wawa.. peace no war!

waallahualam~







yAng mEnuLis~

penghijrahan sahabat

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:55 PM

hijah dalam kata lain perpindahan

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah (fisabilillah), mereka itulah yang boleh mengharap (mendapat) rahmat dari-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah at-Taubah, ayat 20)

Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



sahabat cream Suhaila,Anisah,Nasirah, telah berhijrah dan berangkat ke jordan 
pada 4/sep/2011 yang lalu..
mereka ambil coarse bahasa arab
dah 5 hari mereka disana..sebelum penerbangan Suhaila sempat call cream.
(terharu rasa nye..hihi)
semalam kiranya cream dapat contac mereka
teruja teruja..!
mereka cerita mereka dah dapat lihat unte unte,padang pasir disana
double teruja.. haha
tapi disana susah sangat nak on9 mereka kata..
jauh sudah mereka diperantauan..mencari ilmu Allah yang luas ini
teringin rasanya nak menjejaki bumi Arab..
pada hari ni pula,, sahabat cream,nadratul muneerah pula berangkat ke jordon
amibil coarse pergigian
bakal menyusul nabila dan naim kat mesir dalam bidang madic.
aisyah (acah) pula berhijrah ke bejing
mengajar bahasa cina 

semoga kalian berjaya dan tabah berjuang di negara orang.. 
insyaallah..

sepesal tok korg.. hihi
dan kini,,sahbat cream di sliss ramai yang telah berhijrah
untuk mencari ilmu Allah yang luas ini..
tak kiralah di dalam negara mahupon diluar negara..
walaubagaimanapun.. 
raya nih kami sempat juga berkumpul dan ziarah menziarahi sahabat yang lain..

terbaekk la korang!!haha
harap tahun depan dan tahun depan depat berkumpul lagi
ukhwah fillah..~








yAng mEnuLis~

zaman dulu kala..

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:49 PM

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni cream bukak tou tube.. pas tu tertibe teringat sliss.. 
taraaaaa~
~
~
~
hasil carian
credit to : syahmi

p/s : stop the song below to hear the movie clearly..




yAng mEnuLis~

salam aidifitri~

Published by maNgo_cReam('',) under on 10:12 PM

assalamualaikum bogger2 dan reader2 sekalian.. masih belum terlambat lagi kiranyan jika cream mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin . 
taqabbalullah minna waminka.

Photobucket


cream juga memohon maaf andai terkasar bahasa , terkata tak kena , dan apa jua khilaf yang cream lakukan..
semoga ramadhan dan syawal yang lalu memberi pengertian yang bermakna buat kita..~


sekadar perkongsian (walaupon pagi syawal suda tak pagi dah..hihi) >>

sunnah nabi muhammad di pagi syawal

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

sumber  : klik disini

blog yang menarik untuk dibaca..http://www.smileycodes.info





Photobucket


yAng mEnuLis~

no subtitle.. haha

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:48 PM

renungan bersama

Tiap Syawal, baju raya baru, langsir baru, rumah design baru, segala-gala baru. Kalaulah hati dan jiwa juga menjadi baru. Baru dari segala dosa dengan taubat dan khusyuk. Mari perbaharui hati dan jiwa, supaya merdeka dari jajahan taghut.






Para sahabat salafus soleh sebaik berada di pengakhiran Ramadan, mereka akan bersedih. Sedih atas perpisahan bersama kekasih mereka. Kerana mungkin ini Ramadan terakhir dalam hidup mereka. Tapi berbeza dengan kita, malah bergembira segembira gembiranya.

http://www.smileycodes.info



http://www.smileycodes.infotiba tiba perasaan rindu itu menerjah dalam hati ku.. aku tertanye tanye.. betapa halusnye parasaan itu.. dari mana datang nye kita sendiri tidak tahu.. ya Allah Kau kuatkan lah hati ku..Kau kuatkan imanku.  janganlah Kau pesongkan aku setelah Kau beri hidayah kepada ku ~ sesungguhnye hanya engkau yang mengetahui apa yang terbuku dala hatiku ini..


yAng mEnuLis~

ramadhan.

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:12 AM


p/s : stop the music to hear the sound of this vedio clearly..

yAng mEnuLis~

SLISS~~

Published by maNgo_cReam('',) under on 11:05 PM

SALAM..
adush.. cream bukak blog batch cream.. waa.. syahdu nye.. rindu nye same sliss same kawan kawan seperjuangan.. harap tautan ukhwah kita abadan abada.. lilah hi taala..  








yAng mEnuLis~

my story mori

Published by maNgo_cReam('',) under on 7:02 PM

salam ya ramadhan
ahlan wa sahlan ya syawal.. 
sekarang sudah sampai ke prnghujung ramadhan.. ~~ adakah amalan ramdhan ku diterima . adakah aku dapat bertemu pada ramdhan akan datang ? tu semua terletak pada Nya yang maha esa~~uh.

waa,sudah lama kiranya cream sudah tak meng'update blog ini..haha,sekemanye ayat..
serios da lame.. rase rindu pulak dekat kau journey.. disebabkan ak nye journey y baru terlampau sibok 'journey' ini tak mampu ak lihat selalu.. 

nak cite,sekarang nih cream dah sebulan lebih di kskb sungai buluh.. kadang kadang terse rindu kat uitm rindu kat SLISS juga.. tapi nak wat macam mane.. i had to face what i had decided.. 

story begin >>>
tak yah nak stori sangat lah .. merepek suda.. dah lame tak menaip kat keyboard nih.. sementara menunggu azan magrib tiba sambil perotku berkoroncong2 ala ala bunyi ak taip kebord nih cream nak merepek sebentar.. adeh,maaf la.. ini cerita tak maanfaat sangat pon,saje nak melepaskan kerinduan same kau wahai blog.. haha.. waa,panjang noo cream nye introduction kan.. haa,cerita bersambung.. mule2 cream masuk kskb ni,cream tak dapat nak adapt lg cara hidup kat citu.. truely cream cakap,,kehidupan cream mule2 kat citu sangat penat dan pack.. gua cakap same lu la,gua sampai tak sempat msj sahabat cream pon.. haa~ce bayangkan betape bizi nye crem// waa,hyper tak?? .. then,kay cini cream shock la jgak cara hidop kat sini.. tp insyaallah cream bley biasekn diri.. yang penting kita mengatur diri kita bkn keadaan yang mengatur diri kita.. hidop tuh perlu ad perinsip dan pegangan,... haha.. motivasi petang sebentar.. 

kawan kawan kat cini sume nye ok.. cream tak kisah sume tu,asal cream masuk ngn depe dan depe masuk ngn cream that goodddd.. haha.. 

ala,tak tawu nak tls ap suda.. cream nak cite lain lah.. 
alkisah~~~ 

kami nak pi the stor kot .. disebabkan the stor tu dekat dengan kskb,kami pi la sane.. tambahan kami nak berbuka puase di luar.. haha.. bajet budak besa la nih.. 
yang lawak nye kami 6 orang .. satu teksi boleh memuatkan 4 orang je.. jadinye sepatotnye ken naik 2 teksi tapi kami sumbat je 6 orang dalam satu teksi.. haha.. ce imagine,, betape sempitnye kat dalam teksi tuh.. dan bertape kurus nye kami dapat memuatkan 6 org dalam satu teksi.. haha.. bile keluar teksi masing2 lege dengen lege nye.. detik detik itu sangat best la.. 

but in deep of my heart,, im really2 miss sliss so much!! .. my memory with them forever lasting.. <3





selamat berbuka.. 
ketandusan idea..




yAng mEnuLis~

Untukmu Yang Bernama Hati

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:29 AM


Assalamu'alaikum
Apa khabar kamu yang bernama hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari
Yang sentiasa menyinari alam ini..

Duhai kau yang bernama hati
Jagalah dirimu sebaiknya
Peliharalah dirimu dari anasir-anasir
Yang cuba menggodamu

Duhai kau yang bernama hati
Janganlah mudah kau percaya akan dunia yang penuh racun berbisa
Jangan mudah kau mengalah dan rebah
Dengan dunia yang berselirat kehitamannya
Kuatkan dirimu,kentalkan jiwamu dan perangilah nafsumu
Duhai hati..
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah sebagai benteng dan perisai untumu

Untuk dirimu yang bernama hati
Jangan cepat berundur dan mengalah
Tatkala ujian datang menyergah
Walau kadang dirimu ingin rebah
Kadang terduduk menangis pilu
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa Dia sedang mengujimu
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-Nya

Duhai hati yang kusayangi
Tolong sentiasa ingatkan dirimu
Usah terlalu mengejar cinta manusia
Yang tiada bertepi
Kerna ia hanya akan memberi luka dihati
Usah kau meraih cinta manusia
Jika ia hanya menyinggah menyapa
Jangan terlalu mengejar cintanya
Kerana belum tentu dia menjadi milikmu
Cukup sekadar cintai dalam diam
Cukup sekadar dari kejauhan
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu

Duhai hati yang kusayangi
Tetapkanlah dirimu, luruskanlah dirimu
Jangan mudah tersungkur
Dari cubaaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu
Tiupkan semangat jiwamu
Tepislah segala anasir yang cuba menghampiri menggodamu

Pesanan untukmu wahai hati
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji
Walau badai suntiasa menghampirimu
Walau apapun kisah yang akan terlukis
Jangan biarkan kelongsang jasadmu
Sepi dan sunyi tanpa cinta-Nya
Semailah haruman kasihmu kepada-Nya
Moga cinta-Nya kan menghiasi mewarnai
Dirimu yang bernama hati

Untukmu perhatian hati
Terangilah dirimu dengan cahaya cinta dari-Nya
Kejarlah kasih cinta sejati-Nya
Raihlah cinta-Nya abadi lagi hakiki
Untuk selamanya..

p/s : (just share.. ni copy punye)
yAng mEnuLis~

study (^,^)v

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:08 AM

setelah sekian lama cream tak update blog.. tak dek P.A nak tolong taip kan..
kini~~ cewah.. telah 2 minggu cream meninggalkan UITM Pineng setelah sebulan cream di sana..
terase sedeh rase nye..
http://www.smileycodes.info
tak mau tinggalkan UITM..!! UITM dihatiku <3 . tak mau pi SPA.
tapih bila mana cream pikir pikir balik..
http://www.smileycodes.info
cream bersyukur.Alhamdulilah.. cream pergi la.
esok cream pi daftarkan diri kat Kolej Kesihatan Sains bersekutu Sg.Buluh..
harap nye semua berjalan dengan baik.. habunaAllahhu wanikmal wakil..
tapih y cream tak suke nye!!
http://www.smileycodes.info

TIME orientasi!!!
 mase kat UITM dulu orientasi nye mengalahkan ASKAR WATANIAH!!!!
yang ini cream tak tawu la canggane gaye nye.. adoish..
cream da tgok tgok dah warge warge KKM sg.buloh yang dapat farmasi intake 2011.
tak semua umur umor sebaya cream.. ad y lahir 1992.. ad yang dah nak tunang da..
mm,lepas nih.. cream bertambah matang lah nih..
pas tuh kene study hard..
http://www.smileycodes.info
haha.selama nih kat uitm cream gelak gelak tengok depe dapat assignment.. sat lagi cream pulak yang dapat assingnment..
...
...

tetapkan dalam hatiku belajar kerana Allah..
belajar kerana untuk mengenal lebih dekat kepada sang pencipta..
belajar untuk melaksanakn fardu kifayah..
dan jauhkan lah aku lalai dengan nikmat yang Engkau kurniakan ya Allah..~~

new journey begin~~
http://www.smileycodes.info
hasbunaAllahhu wanikmal wakil




yAng mEnuLis~

journey

Published by maNgo_cReam('',) under on 4:42 PM

perjalanan~~ perjalanan yang sungguh panjang smpai cream tak sempat dan mls nak mengupdate blog nih..
bile mane cream tgok blog2 kwn2 cream.. waaaa~suda maju,, hak2,, mesti da bermilion milion kan da dapat duit.. gud2!! teruskan usaha anda..!!

journey~
9/5 yang lalu cream ad temuduge kt S.P.A.. bendenye kat bandaraya ipoh,kat bagunan perak..
nak dijadikan cerita kami dok menginap kat hotel sebelum nak pi temuduge tuh sebab nye pendaftaran pukul 8 pagi dan 15 minit sebelum tu kene hadir di sana.. jadinye cream pon menginap la kat hotel ap tah,cream lupe la ap name nye.. sebelum terjah hotel tu,,kami pi terjah jap bagunan temuduge tuh,, nak carik jalan ke tempat tersebut takut sesat .. carik punye carik bagunan perak tuh tak jumpe gak.. yang jumpe muzium perak je..haha! .. jadi nye kebetulan dah ad kat situ , kami pon konon konon la melawat muzium tuh sementara ayah cream tanye pengawal di situ dimana bagunan perak..
berlaku lah perbualan antara mereka
rupe rupe nye bagunan perak tuh sebelah muzium ni ja..
cream pon tergelak gelak ja..
si pengawal tuh india..
pas tu dy tanye:
ada krusus ka kat sane?
ayah cream pulak cakap:
tak la,ada temuduga.
dy tanye lagi:
temuduge ap?
ayah cream cakap:
bla bla bla~beliau terangkan..
dy cakap pulak same cream:
dah seda ka?
cream:
hanya mampu tunjukkan thumb up ja.. hihi..
dy tanye lagi:
can you speak english?
cream:
dalam hati cream cakap..
wow,pandai la pulak dy cakap bi..
cream pon angguk ja(macam org bisu ja haha)
dy cakap lagi:
kamu kalau dy tanye "can you speak english" 
kamu cakap j "YES I CAN SPEAK ENGLISH"
wow ,teruja dgan semangat dy..

pas tu ...
berlarutan lah sembang sembangan nye
ayah cream pon sembang2 ape tah dengan pengawal tuh..
jadi nye cream pon pi la tinjau-tinjau muzium tuh..
terase menarik pulak tengok muzium tuh..

pas tuh ayah cream ngn pengawal tuh panggil dekat depe..
dy panggil "amoi mai sini"
cream pon pi la dengan keadaan terpinga2..
rupe rupe nye pengawal nih bekas polis,,inspector..
dan nak dijadikan cerita,dy nye pangkat kedua terbesar la kolo kat dlm negeri perak tu
tapi sekarang dia dah bersara ,so nye dy kerje la sebagai pengawal..
dy suggest cream jadi inspector polis
wat permohonan pluss wat temuduge
dalam hati cream what??ak polis..haha lawak bena..
tapi si pengawal@bekas inspector nih bersungguh2 cite mcm2..
ayat dy..jadi la polis!!
SELAMAT KAN NEGARA!
dia cakap sal p.ramle lah.dia suke p.ramli
wow,,cream terus tersentak pluss kagum same semangat dy!
serios,,dah la dia seorang india,tak ramai india cam nih tau..
so nye tanggapan negatif cream same org india berkurangan lah..
dengan semangat nye dia tunjukkan gambar dia berpakaian polis kat cream
woh,smart gak..hahah!!
banyak kali dia kate..boleh nih jadi polis!!!
five point two
five point two
..
cream ingat ap,rupenye dia cakap..152 dah boley temuduge polis..
dia nmpk cream cm tinggi kot..
dia kate lagi,, 
paku dua 
paku dua..
ap pulak la tuh~
tuh pangkat tok pegawai polis n bla bla bla lah..haha!
pas tuh dia cerita lagi pasal polis perempuan ..
sangat hebat bla bla bla..
cream pon dga je la walopon tak berape nk phm bahase dia sebab campo2 lorat keling dia
dan sampai krem kaki cream denga dia cakap..haha!
dia kate lagi,,kolo tak kita selamatkan negara sape lagi??
woish,,memang membara2 je semangat dy..

time kami nak berlalu pergi dengan menaiki kereta(sekema nye ayat hehe)
dia sempat wat isyarat tunjuk2 bahu menandakan paku dua kat bahu..
dia memg nak cream jadi polis kot..

hihi tak minat la jadi polis..
cream polis?????
pelik ja..haha..
sekian sahaja~






yAng mEnuLis~

stop for a while

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:24 AM
assalamualaikum semua~~ ^,^
penulisan,pengarotan dan pembebelan (wahh,bahase baru hihi)
terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana
cream telah diarahkan untuk berhibernasi di kutub selatan 
bersama-sama si pengwin dan si beruang kutub,
dan letop pon sudah terbang melancong ke korea selatan
kerana Holyday..
maka dengan ini,cream menyerahkan sepenuhnya
blog ni dan juga facebook serta skype mahupon twitter
kepada sang labah2 dan sang monyet kat bawah nih untuk menjaganya..

annyongkasaeyo~
jumpe lagi..!!

oh ya!kepada umi,jangan risau,nanti cream folo eh..hehe!masyeh2..
wassalam~









yAng mEnuLis~

hari sabtu

Published by maNgo_cReam('',) under on 9:00 PM

tengah hari sabtu yang busan!
bilamana cream bukak ja mahluk petak empat segi tu,
maka muncullah cerita keling tamil india,
adeh, sadis ja.. =(
jadinya cream golek golek lah kat dalam bilik macam orang saket jiwe,
idea gila dan jahat muncul 
mau carik pasal dengan adik,tp beliau tidor pulak.. dua kali sadis
nak on fb malas pulak, tak do guno nye.. haha..
nih sume gare-gare cite tamil tu lah,,
jadinye cream pi la selongkar selongkar buku buku yang ade kat dalam bilik nih,
ceyh,, konon nak bajet rajen lah nih,, 
ye lah,dah lame tak bace buku asyk asyk menghadap 'mukabuku' ja,
tak berfaedah langsong! hehe cewah,,otak pon dah jadi otak semot..
berkarat karat dah,,boleh dibuat bancuh ayer kopi macam cerita nujum pak belalang tuh..

okeh! sambong cerita.

selongkar selongkar , alih alih buku yang same ja kat dalam bilik nih..
buku punye lah banyak,, berhabuk habuk lagi tuh (nampak sangat malas nak kemas bilik hehe)
pas bace lah majalah2 zaman kuno mak datok ucit cicit nih
nak baca datang la rumah.. haha!
disebabkan cream nih cicak kobeng nye kedekut
buku buku dan majalah tuh semua kepunyaan akak cream.(haha)
tak lah,cream pon ada la beli buku,, yang berilmiah la cikit. ni la dia..(eh2 tak de unsur riak eh)



haa, habis duet cream beli tawu,terbantut angan angan cream nak beli bangow besau..
buku tuh macam bergaye cikit bile bace,, terase macam hebat.. haha!
tapi cream beli ja banyak tpi jadi tempat sarang labah labah jugak akhirnya..hehe..

back to the story >>

setelah puas menelaah majalah majalah tu,, persaan bosan kembali menerpa..
pi la terjah buku yang cream baru beli tuh,tapi malangnye bahase asing..
terase pening pulak otak,,
mulalah kes guling guling kembali, macam cacing kerawit..
tibe tibe mate bersinar sinar..(teringat adikku baru beli komic)








haha~ selongkar menyelongkar bermula,, cari punye cari akhirnya.............
jumpa pon komic nye..
tadaaaa!!!

hati berbunga bunga.. guling guling terhenti..
i'm found the happinest..!!
the happinest become more happinest,,bila mana ni bukan komic cinton2..(perosak bahase English)
komic cinton cinton diharamkan sama sekali!!haha!
hati kayu + alegic cikit..
mata dah bersinar sinar tak sabar nak baca komic tuh..







heeE,sekali sekala baca tak salah kan??
sambil tuh perot pon mula bergendang gendang mengalunkan irama dangdut..
selongkar dapor kejap,, ada meggi.. mata ku dua kali bersinar.. 
memang double berkarat lah otak..!!

nak cerita pasal komic pulak
>>komic nye best, tak de unsur keganasan rumah tangga , unsur unsur hitam walaupom warne nye hitam putih je,, dan boleh gelak besau besau 

ayat yang cream suke dalam nih 
life without rules is nonsense!
dan always something for everything..

terase bermatovasi seketika..

jangan dilihat orang dari pada paras mukanya dan tindakan nya,,
walaubagaimanapun everyone have potential !
and everyone have second chance
mungkin apa yang dibuat bukan atas kenginannya ..
lebih baik membantu dari mengata
ecewah! ni y cream dapat dari komic nih.. haha! 
haa,, main character nye Ax..
Ax terbaEkk punye...!!!

meh cini cream cerita cikit sal Ax nih.
.
dy budak tingkatan 5..
kelas dy 3F (faith for future).. kirenye ni kelas budak budak masalah dan jahat lah..
walau bagai manapon dy nih permain bola terhebat kat sekolah..
dy lah segala taiko dan samsing kat kelas tu,,
dan dia tersangat sangat berani lah.. dan hati kayu..
sebenarnye dy ada masalah silam dan kematian ibu bapa..
dan oleh kerana itu dia mempunyai perinsip hidup dia sendiri,
dan memjadikan dia seorang yang ganas dan walaubagaimanapun,
apabila berhadapan dengan adiknya , dia lain dari pada sikapnya yang ganas itu
'nampak tidak kira seganas manapun seseorang ada jugA titik kelemahannya untuk berlembt..'
dia juga ada misi dia sendiri , dia kata :
'perlukah berhenti menapak di lorong kehidupan jika tak pasti destinasi yang dituju'

haha! suda penat menaip]]]
wassalam~





yAng mEnuLis~

bilamana aku stress dan sedih

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:03 AM
p/s : entri kali ni cream gune pekataan 'aku' pulak.. haha nak ubah angin monsun timur laut..

bila mana aku stress dan sedih,,
aku seperti mahu hentak kepalaku pada pokok toge,
cucuk perutku dengan cotton bud,
sepak dauh pokok keladi,
guling guling macam baby,
minum susu sampai kenyang,
terjun atas katil yang empok,,

dan bila mana aku stress dan sedih aku mahu drive kemana mana saja yang aku suka sebabnya aku sudah dapat lesen,,so nye ak nak show off la kejap.. tapi nanti minyak abis aku tak reti pulak nak isi minyak..
pas tu,aku mau panjat gunung memalam,,terbongkok bongkok panjat gunung macam penjenayah,
bila sampai kat puncak gunung aku mahu kira bintang bintang kat langit sambil gelak puas puas
HAHAHA! gelak besau besau.. (impian ku sejak dulu,,haha)

pas tu ,lepas penat berangan atas bukit,,
aku mahu lari 1000 meter x 10 kali meter gune terompong kelapa..
haa~ni la dia terompong kelapa.. dulu kecik2 ikat tali kat lobang tiga tuh pas tu wat la kasut..
dapat imagine x?? layan ja laa..haha

bile penat dan tak boleh jalan,aku call anisah supaya bawak aku merempit,, haha
cam biasa beliau bawak macam pelesit,aku kat belakang nye macam naik roller coster..
aku mau jerit kuat kuat kat atas moto bia orang lain tengok,,
terasa famos macam artis pulak,,
kalau kene saman masuk mahkamah,, turun naik mahkamah,,
masuk berita harian , masuk berita..
boleh ganti berita politik2 kat dlm surat kaba tu sume.. tetttt~(alamk tak nak kene saman haha)

pas abes jerit jerit bagai nak gila,,
aku mahu pi lari lari kat tepi pantai macam ala ala cerita korea..
cam nih lah..
bile jmpe mamat ensem,, pure2 jatuh
pas tu dy tolong dan berkata 'will u marry me'
haah,, tetttttt! astafiruallah,, gurau ja..

lepas tu,,aku pon balik rumah dan marah marah adik aku sampai dia nangis
dan buat dia marah same aku balik..
lepas penat cakar cakar ,,
main batu seremban pulak , sampai batu tu bertuka jadi pasir..

kemudian,bila mana aku stress dan sedih,
aku mau sekeh sekeh ja kucing kucing yang terbiar kat rumah aku nih..
walaupon comel aku tetap tak puas hati jugak,,
nak sekeh jugak sebab aku stress dan sedih..
last last aku dapat 'hadiah istimewa' dari kucing tuh..
disebebkan dia kaci aku hadiah istimewa (cakar)
lalu aku,bungkus bungkus,anta ja kucing tuh kat bilion..haha
bye bye2,,!

pastu ,bile mana ak stress dan sedeh, ak mau makan cili banyak banyak biaq sammpai kwa ayak mata,
kemudian tumbuk bantal puas puas dan gigit bantal tuh sampai terabo kekabunya..
pastu,sepahkan barang kat dalam bilik dan koyakkan buku buku dan guling guling atasnya..
haha,, nati last2 kene kemas balik..wat penat ja..
baik tido jaaa~~`

kesimpulannya disini,,
berapa ramai yang dapat mengawal kemaranhan dan kesetersann dan kesedihan(cantik nya bahase haha)
sampai ada yang sanggop melakukan perbuatan yang menyalahi syariah islam seperti bunuh diri , minum arak , dan sebagainya lah..


untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.


bila kita marah , bila kita sedih , cuba lihat muka kita di cermin...
cam nih kot


hahaha! huduh kan??
jadi nyaaa,, senyum selalu :)







yAng mEnuLis~

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>