::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:37 AM
1. Sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu solat isyak tidaklah berterusan hingga masuk subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja. Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/waktu-solat-isyak.html).









2. Adapun hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan solat isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;







“Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)







3. Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;







“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)







Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;







“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).







Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;







“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).







Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.







Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;







“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). yAng mEnuLis~

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:02 AM
Every kesakitan yang dirasai itu adalah pengajaran, kan?





Kita belajar untuk menghormati orang lain, bila diri ini tak dihormati.

Kita belajar untuk menggunakan kata2 yang elok pada seseorang,

bila kita tahu certain words yang mana telah digunakan orang telah  melukai kita.

Kita tahu menilai harga seseorang bila mana ada certain people yang buta menilai harga kita.

Kita tahu menghargai seseorang sesudah kita sedar

camne perasaannya bila diri sendiri tak dihargai.







Jika hati terdetik perasaan marah, kebencian mula menular..



Jangan biarkan! Keep it away!



When someone criticises or disagrees with you, a small ant of hatred and antagonism is born in your heart. If you do not squash that ant at once, it might grow into a snake, or even a dragon.



~Jalaluddin al-Rumi



Jangan serik untuk menjadi baik, sebab orang akan tengok apa yang kita buat.

Seperti kata Martin Luther King Jr,



” Life's most urgent question is: What are you doing for others? ”.





Setiap kesakitan itu mendekatkan lagi diri kita pada Allah,insyaallah.. As Rumi said,



” Till man destroys 'self' he is no true friend of God.”



Jika hati ini sedih, jika diri ini mampir dgn keputus asaan, jika kegalauan itu tak tertahankan.. Hold on.. Just hold on.. Bertahanlah.. Terus bertahan.. Sebab..



'God places the heaviest burden on those who can carry its weight.'





Kita ada Allah.. Mempunyai Tuhan bermaksud mempunyai harapan. Kita sentiasa mempunyai harapan.. You have to believe it. Harapan itu umpama bintang.



Dgn harapan kita boleh hidup, kita boleh terus langkahkan kaki ni



selepas kerap kali tersungkur.



“Some people make their goals the stars,

They may live and die never reaching them,

but in the darkness of the night,

those stars will guide them to their destination,

because they put them in their sights.”





Kembalilah kepada Allah.. Dialah segalanya..



“If you want to talk to Allah,

perform Salah.

If you want Allah to talk to you,

read Qur'an.”



“Do not ask, 'Where is God?', but ask, 'where am I?'

My heart is so small

it's almost invisible.

How can You place

such big sorrows in it?

"Look," He answered,

"your eyes are even smaller,

yet they behold the world."









together,think about it(",) yAng mEnuLis~

Motivasi : Bangkit dari Kegagalan

Published by maNgo_cReam('',) under on 2:01 AM
yAng mEnuLis~

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>