::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

penghubung manusia dengan pencipta (doa)

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:33 AM




assalamualaikum..
sebelum cream menaip panjang ..mari kite selami sebentar firman Allah..

maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan maka merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada dia sedang baring , duduk ataupun berdiri . Tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu darinya , maka dia kembali seperti asal (derhaka) seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami akan kesusahan yang telah Kami hilangkan darinya . Begitulah orang orang yang melampaui batas itu memandang baik terhadap apa ysng mereka lakukan ." ( Surah Yunus :12 )

cube kita hayati bait bait maksud surah ini.. rase nye tepat terkene ngn hidung kita.. eh.. bagi cream la..
cream tersentap jugak bila membaca maksud ayat ini..

kite selalu berdoa.. kadang kadang sambil berdiri ,duduk , baring..
tak semestinya selepas sembahyang sahaja.. doa itu mudah..
bila nak masuk toilet pon kite berdoa kan?
contoh bile masuk toilet kite cakap cam ni "Ya Allah jangan lah ada org tolak engsel pintu ini sebab engsel pintu ini dah rosak" . itu pon kire doa jugak

dalam pengharapan (dalam berdoa) disertai dengan tawakal kepadanya..

tetapi tanpa kita sedari doa yang kita panjatkan kepadaNya sentiasa dimakbulkan.. sama ada lambat atau cepat atau sama ada di dunia mahupun di akhirat..

mari singkap sebentar firman Allah..

Maksudnya : Diwajibkan keatas kami berperang (menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu tidak sukai . Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai otu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Surah Al Baqarah:216)

Syekh Ibnu A'thoillah telah menyebut:
Maksudnnya : Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalang mu pada Nya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufiq dan hidayat Nya..

Alangkah baiknya jika sangkaan baik itu sentiasa di dalam diri . Menyerahkan segalanya kepada nya .Kerana Dia maha mengetahui hakikat segala sesuatu..
mohon agar diberikan sifat redha dan Qanaah terhadap segala yang telah ditakdirkanNya

p/s: mohon dibetulkan jika ada kesilapan

yAng mEnuLis~

SOLAT TAHAJJUD

Published by maNgo_cReam('',) under on 3:55 PM

assalamualaikum..
sekadar perkongkisan yang cream dapat dari sebuah buku
,dan semoga dapat diamal kan dalam diri kita..termasuklah saya yang tengah menulis ini..insyaallah

(surah al-isra :79)
maksudnya: "Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanyan sebagai solat tambahan bagimu,semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat ditempat yang terpuji"



Rasullullah s.w.t pernah bersabda :
maksudnya: "Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat lalu kedengaranlah sudatu suara yang menyeru: Siapakah dia orang orang(di dunia dahulu yang telah meninggalkan tempat tempat tidur mereka dengan berqiyammullail?) Lalu bangun sekumpulan kecil orang orang yang bangum malam itu lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan hisab pada semua manusia" (Riwayat Al-Baihaqi)



yAng mEnuLis~

melihat dengan hati,,maka bersyukurlah..

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:02 PM

assalamualaikum sahabat semua..~
apa khabar,baik kah iman?http://www.smileycodes.info
semoga segala perbuatan kita mendapat kerahmatan dan keredhaanNya..
rase nye cream dah lame tak post kat blog nih..
bukan rase nye.. memang dah lame pon..
sekarang nih baru la cream sempat jari2 nih menari2 kat keybord nih.
cream baru je cuti sem... org dah lame cuti sem,cream baru nak cuti..

balik nih cream dok menelajah la laman laman sesawang yang ad kat dlm alam maya nih..(*betul k ayat tu?)
cream suke berjalan jalan kat blog orang lain..
http://www.smileycodes.info memg hobi tegar dah... tapi bile ada masa la..
jadi nye cream 'usha' la blog kawan kawan..

mm,terlintas perasaan cemburuhttp://www.smileycodes.info dekat kawan kawan kerana terase suasana dan tempat mereka belajar sangat 'selesa' . suasana mereka seperti suasana di sekolah cream dulu.. untuk mencari ilmu akhirat senang sangat.. bagai air sungai yang mengalir.. takpayah dicari,memang dah ada depan mata, dalam sylibus pelajaran mereka pun.. cume nak diaplikasikan dalam diri atau pon tidak. mm,sebab nye kebanyakn sahabat sahabat cream sekarang belajar di usim,uitm,jordan,mesir dan sebangai nye.. bagi cream tempat mereka 'selamat' .
oleh itu adik adik,sahabat sahabat yang sedang bersekolah di smka,sma,atau pun berada dalam suasana usrah.. maka 'grap' la segala ilmu dan aplikasikan lah dalam kehidupan.. jadilah pohon yang berbuah...
http://www.smileycodes.infojangan disia siakan ilmu yang diperolehi..mm,bila difikir kembali,,cream rase menyesal kerana tak 'grap' betul betul ilmu yang ustaz ngn ustazah beri.. belajar semata mata kerana exam.. bila dah abis exam sume lupa..
tapi takpe lah,,yang lalu dijadikan pedoman untuk masa yang akan datang.. takelok menyesali benda yang lalu...

walaubagaimanapun... cream bersyukur .http://www.smileycodes.info
walaupun kadang kala terasa seperti berada dlm keadaan 'pelik' ,
cream dapat merasai kemanisan berukhwah
walaupun kadangkala terasa iman itu diuji
ada sahabat2 yang sentiasa disisi..

sudah satu sem cream meghabiskan kehidupan disini..
kehidupan yang pada mulanya cream merasakan sangat pelik dan menakutkan..
macam macam bende yang cream pelajari di sane..
macam macam bende yang cream dapat di sane..http://www.smileycodes.info
cream kenal dengan akk akk yang kuat memperjuangkan agama Allah di sini..
"islam datang dalam keadaan dagang (asing),dan kembali dalam keadaan asing"
mm,rasenya cream dapat merasakan keadaan itu..
bila difikirkan kembalihttp://www.smileycodes.info,,cream memanjatkan kesyukuran kepadanya,,alhamdulilah ! kerana cream bersama dengan sahabat sahabat yang membawa kepada cintaNYA..
bersama sama sahabat yang berjihad ke jalan ALLAH untuk menegakkan agama ALLAH.. FISABILILLAH..
dapatkah aku tetapkan iman ku selama beberapa thn lagi disini?insyaALLAH

disini juga cream bertemu seorg sahabat /akk yang sangat cream sayangi..
macam macam yang cream pelajari dari beliau..
walaupun beliau ada masalah beliau sendiri tetapi beliau tetap berdakwah kejalan Allah..

jika aku tidak ditakdirkan disini maka tidak bertemulah aku dengan sahabat sahabat ku ini..
jika aku tidak ditakdirkan disini,tidak kutahu lah sejauh mana iman dan ketakwaan ku kepada mu walaupun iman itu Kau yang nilai..
jika tidak aku ditakdirkan disini maka tidaklah aku tahu betapa kuat dan lemaahnya aku dalam amar maaruf nahi munkar..dalam menegakkan agamaMu

Allah akan menolong hambanya yang menolong agama Allah..
kuatkah aku sebagai mana sahabat sahabat aku yang lain,sebagaimana umat2 tertahulu menegakkan agama Allah?
terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan aku sahabat sahabat yang baik


alhamdulilah kullihal..
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. (",)
jangan melihat dengan mata tetapi lihatlah dengan mata hati..
sesungguhnye Allah lah perancang yang terbaik..http://www.smileycodes.info
ya ALLAH...


yAng mEnuLis~

pilihan

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:03 PM




assalamualaikum...
di dunia ini , kita sendiri yang tentukan apa pilihan kita..
bergantung kepada kita mahu mengikut pilihan yang mengikut akal yang waras atau hawa nafsu semata-mata.
pilihan kita juga atas kehendak yang telah ditentukan oleh Allah..
jika Allah tak mengizin sesuatu itu , maka tidak menjadi lah sesuatu itu..
ku fayakun.. jika jadi maka jadi lah..

panjang nye intro..
ok .. start..
nak dijadikan cerita..
di tempat cream belaja ada macam macam persatuan..
seperti contoh ad kelab sukan,komuniti,kebudayaaan,Islamic Friendship Society(IFS) dan sebagai nya.
yang aktif selalu nye kelab kebudayaan dan IFS..

kat cini ad dua keadaan.. 
untuk kebudayaan,aktiviti nye sangat aktif dan penyertaan nye juga sangat memberangsang kan.
dan untuk lagi satu keadaan bagi IFS ,aktivitinya sangat aktif tapi penyertaan nya sangat mengecewakan...

jika diikutkan akal fikiran,semua dapat berfikik ,dimana manusia ini lebih cenderung dan gemar kepada benda yang menyeronokkan.. tapi persatuan seperti IFS tu tak seronok ka?
mm,ia juga bergantung kepada individu itu sendiri..
jika seronok kata nya maka seronok la..jika bosan kata nye bosan la..
tepok dada tanya iman..
Allah menjanjikan syurga itu manis..
jadi untuk mengecapi sesuatu yang manis,kepahitan terpaksa ditempuhi..
ada kemanisan dalam kepahitan...

tanggal berapa hari bulan tah..ada pertunjukan kebudayaan borneo.anjuran kebudayaan.
bertempat di auditorium tempat cream belaja..
aktivitinya,tari menari,koir,persembahan teater(kot,itu apa yang cream tahu la)
pada mulanya cream dah bayar  RM 1.00 untuk tengok pertunjukan itu..
pluss dengan niat nak dapat jam credit..
tapi Allah tak mengizinkan cream nak joen bende alah tuh..
sebab nye cream dan sahabat sahabat cream ad acara bersama akk akk senior..
sebelum bermula nya acara dengan akk akk, kami sempat mengusha@tinjau2 kedaan sekeliling.
huhu.. kami dok tinjau2 melalui tingkap je..
pas tu amik kesempatan dok usha blok putera(huhu gurau ja)
cube teka apa yang kami dapat simpulkan
V
V
V
V
V
tak kelihatan pon manusia manusia yang berkeliaran di luar..
selalunye hari hari biasa apa yang cream perhatikan,ad la org dok lalu lalang nak pergi kafe..
ad yang dok berdua dua sembang sembang..
ada yang dok wat asigment..
dan macam2 lagi lah..
tapi pada hari itu sungguh ajaebb.. !!
lengang.....

ok,,,tadi kes pertama..

yang ni kes kedua pulak..
pada esok nye ada majlis penutup Tarbiah Islamiah anjuran IFS.
bertempat di tempat yang sama iaitu auditorium..
acara yang terawal, pertandingan nasyid.. selalu tu la acara yang last dipertandingkan..
kemudian acara penyampaian hadiah..
dan so on so on..
ce teka apa yang cream perhatiakn
V
V
V
V
V
bilangan penonton yang hadir sangat sedeh..
dan bilangan lelaki yang hadir jugak dapat dikira dengan jari..
kira dengan kalkulator pon tak sampai satu minit..

-----------
berbalik kepada kelab kebudayaan itu..

satu persolan.. adakah patut gara gara pertunjukan tarian @ teater itu,kita melanggar hukum Allah?
sapa lah kita yang sesuka hati mengadakan peraturan sendiri..
contoh : satu kedaan begini.. seseorg berkata kepada seseorg..
orang 1 : kau kalau nak masuk tarian ni kene bukak tudung..
lepas abis acara kau nak pakai pon pakai lah..
tapi nak masuk ini kne bukak .
jika seorang non muslin yang berkata bergitu dapat dimaafkan lagi.. tetapi..~
mls nak cakap..

-----------


kesimpulan nya,, kita seringkali memilih benda yang menyeronokkan sementara dari keseronokan yang abadi..
sebabnya keseronokan yang abadi itu tak dapat dilihat dengan mata tapi dilihat dengan mata hati..
jadi sentiasa lah berdamping persama sahabat sahabat yang dapat membimbing kita menuju cinta Nya.
peringatan buat diri yang banyak khilaf ini 

semoga ditetapkan keimanan selama mana belajar di sana.. aminn~

maaf andai kata,kata kata cream menyentuh mana2 pihak.
yang baik diambil panduan yang buruk dijadikan tauladan dan sempadan..

seseorang itu akan diuji dengan apa yang diperkatakan,apa yang disampaikan,apa yang ditulis..
waallahualam.. 




yAng mEnuLis~

renungan

Published by maNgo_cReam('',) under on 2:46 PM
Assalamualaikum wbt..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "



waallahhualam.. sekadar ingat mengingati..



yAng mEnuLis~

kalbu..

Published by maNgo_cReam('',) under on 11:14 PM

pls ignore this page . 


ya Allah..!!

attolabatu syarifah,kal lukluil maknun yakunu autad lil najahil waton.
mm,jadi??
apa yang aku cari selama ini?
apa yang aku buat?
kenape kau sedeh sangat?
kenape?
ya  Allah..
kau kuatkan la semangat aku..  
betulkan lah niat aku..
permudahkan lah urusan ku..
yaALLAH
jangan kau bebankan kami apa yang tak mampu kami pukul ya Allah..
kau tetapkan lah cahaya iman dan islam dalam diri ku ya allah!

besok dah nak balik sg.buloh..
aku ingat lagi lecturur ak cakap.. balik cuti nih buang segala sifat sifat buruk tuh..
buat azam yang baru..
my father said "i always think problem.."
all the problem have the solution..
Allah tak beban kan seseorang hambanya dengan beban yang tak mampu mereka pukul..
la yukalifu nafsan ila wusaha..

ape kehe nye ak tulis ,ak nasihat kat diri ak balik..
tawu pon memujuk diri sendiri.. tak ya la nak publish2 kat cini.
sukati ak la ak nak tulis..
haha..
maaf la.. sila ignore page ini,.. jiwa tak keruhann..
wahh.. tengok tengok jam dah pukul 11 lebey??
tak siap packing...!
tak abis bace nota lagi..
haa,lalai lagi..
manusia..

nak bebel lagi nih..
mase selalu mengejar kita tapi kita?
wooh,selalu wat kerje tak bermanfaat.. macam ni la,,
contoh tak elok jangan ikut..
y baik jadi pegangan yang buruk jadi pedoman..
(betol ke tak peribahasa aku ak tak tawu la)
akhirukalam,,kwn aku sering berpesan.. 'senyum senyum..'
haha,, yela .. senyum2
dlm duka kite tetap tersenyum kerana 
dlm senyuman kite  menyebabkan org lain bahagia tak tak berduka sama
wawa.. peace no war!

waallahualam~







yAng mEnuLis~

penghijrahan sahabat

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:55 PM

hijah dalam kata lain perpindahan

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah (fisabilillah), mereka itulah yang boleh mengharap (mendapat) rahmat dari-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah at-Taubah, ayat 20)

Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



sahabat cream Suhaila,Anisah,Nasirah, telah berhijrah dan berangkat ke jordan 
pada 4/sep/2011 yang lalu..
mereka ambil coarse bahasa arab
dah 5 hari mereka disana..sebelum penerbangan Suhaila sempat call cream.
(terharu rasa nye..hihi)
semalam kiranya cream dapat contac mereka
teruja teruja..!
mereka cerita mereka dah dapat lihat unte unte,padang pasir disana
double teruja.. haha
tapi disana susah sangat nak on9 mereka kata..
jauh sudah mereka diperantauan..mencari ilmu Allah yang luas ini
teringin rasanya nak menjejaki bumi Arab..
pada hari ni pula,, sahabat cream,nadratul muneerah pula berangkat ke jordon
amibil coarse pergigian
bakal menyusul nabila dan naim kat mesir dalam bidang madic.
aisyah (acah) pula berhijrah ke bejing
mengajar bahasa cina 

semoga kalian berjaya dan tabah berjuang di negara orang.. 
insyaallah..

sepesal tok korg.. hihi
dan kini,,sahbat cream di sliss ramai yang telah berhijrah
untuk mencari ilmu Allah yang luas ini..
tak kiralah di dalam negara mahupon diluar negara..
walaubagaimanapun.. 
raya nih kami sempat juga berkumpul dan ziarah menziarahi sahabat yang lain..

terbaekk la korang!!haha
harap tahun depan dan tahun depan depat berkumpul lagi
ukhwah fillah..~








yAng mEnuLis~

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>