::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

tanggungjawab

Published by maNgo_cReam('',) under on 6:59 PM

assalamualaikum....
semoga mendapat taufiq dan hidayah Allah....inshaAllah :)

tanggungjawab = amanah
sat lagi dah nak masuk semester baru. means dah nak masuk kolej..
em, rase macam nak meraung - raung jak. nak lari laju - laju!!
capat la habis ~ nak keluar from the bamboo =)
http://www.smileycodes.info

tapi bila fikir - fikir balik.. rase berat sungguh nak melangkah keluar dari Bamboo tu..
banyak lagi yang tak mampu dan belum lagi cream lakukan..
perghh.. rase cam weak gler ah.. kerdil sungguh manusia ni kan? memang sangat kerdil.

teringat satu cerita :

Allah nak beri amanah kat bumi, langit, even gunung ganang tapi takde sapa yang sanggup nak pikulnya.tup tup manusia hok kerdil ni kate "yes i will"
jap2!.. meh tengok ayat ni jap . sat lagi kate cream mengarut pulak =) . yang atas tu ayat senang nye lah.

“ Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi serta       gunung-gunung (untuk memikulnya) , maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat           menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya: (ingatlah!) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pada membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ” (Surah Al-Ahzab : Ayat 72)                                                                                                      

then, turun ayat ni :

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. ” (Surah Al-Baqarah : Ayat 30)

jadinya, manusia memang telah ditetapkan oleh allah ntuk dijadikan khalifah dimuka bumi.dan Dia telah memberi banyak peringatan kepada kita tapi kita ja tak cakna dengan peringatannya.
ye la,, sibok dok chatting, dok twitter, dok pesbuking.http://www.smileycodes.infodok sebok ngn duniawi.. (peringatan bersama). pesbuk pesbuk jugak,chat chat jugak, emm.. dok layan blog layan jugak.. tapi jangan lupe yang utama =)

bile keluar dari "bamboo" sat lagi lagi banyak nak fikir. entah sedia ke tak pon tak tahu lagi. kolo nak kate sekarang senang la..
"aku dah sediakan fizikal mental dah, rohani jasmani pon da settle da"
tak yah nak cakap sangat,berapa ramai remaja yang bekas sekolah agama dok culture shock. masuk alam lain je dah tak jadi 'orang'dah .ok.. nokhtah. malas nak cakap banyak..

cume nak cakap satu jak "tak amal apa yang dipelajari"


emm,bile fikir balik seram sungguh dunia ni (ceh macam luahan perasaan pulak kan?) whatever ~ kiki
ye la,siyess cream kate sungguh seram.. mengalahkan cerita hantoo.. ! sat lagi kolo kite salah langkah jatuh pulak,tak pon masuk lobang.. kolo boleh bangkit .. terbaikkk lah! kolo dok tertimbus jak.. payah !
jangan ada yang bunuh diri pulak pas bace apa yang cream tulis nih!!
copp!! sia sia jak mati ... thats why la dalam Al - Quran kate ..... tak mau dok sorang - sorang, tak mau hidup sorang - sorang.. 
haaa~ sape tahu ayat mane.. ce tweet sat!.. http://www.smileycodes.info(sori mori da sis br0, lupe meh)

tapi dok dunia yang menyeramkan dan sungguh penglipurlara ni pon.... apa ayat deyh?
http://www.smileycodes.info
em,nak kate nye.. dunia ni sebagai ladang untuk akhirat jugak la.. kolo banyak amal nya dah redho Allah makanya "kaya" lah di akhirat kelak...

em,, banyak celoteh kene pada diri sendri jugok.. yang baik ambil la,yang mengarut tu tolak la tepi jauh - jauh.. campak masuk sungai kena baham buaya pon takpe.~~..

mai mai, together gether jadi hamba yang osem.. jadi khalifah yang osem.. same - same lage osem =)
http://www.smileycodes.info
key.. assalamualaikum... salam magrib . ada yang sala mintak tegur =)

(maaf la,fonts nye kejap lain kejap terang.. mls dah nak layan bende ni..sori meh)



yAng mEnuLis~

sEmiNGgu!!!!

Published by maNgo_cReam('',) under on 10:59 PM

assalamualaikum.. salam saiyyidul ayyam!!..
sis, bro, geng.. mai pakat pakat hidupkan sunnah Rasullullah.. ~
sape yang tak mandi lagi g mandi.. wangi cikit! , potong kuku ke, gi bersugi ke..
yang kene solat jumaat tu jagan lupe pergi.. tokmboh la dok menepek kat alam maya ni jak.. semua ni semetara jak.. ye tak sis bro?? 

http://www.smileycodes.infohomework..!! meh same - same cari sunah - sunah Rasullullah
            sape dop kenal Rasullullah dop tahu la.. PEMOS KOTT`.. lagi pemos dari nicol david, albert               einstain (cop!gurau jak!maaf dipinta ) .

http://www.smileycodes.info
pejam celik pejam celik dah seminggu dah kat rumah...
nasib la pejam celik pejam celik pastu celik balik nampak dunia.
dibuatnye pejam celik pejam celik tetibe.... MA RABBUKA.. !! tak ke mencecet lari..
em..kolo dah seminggu kat rumah means lagi seminggu jak dah nak habis cuti....!!
                 waa.. sedey pulak...

                bile fikir balik.....
http://www.smileycodes.infoapa yang telah saya buat untuk ibu bapa saya sepanjang cuti ni kat rumah?
apa yang telah saya buat untuk famly saya?
apa yang telah saya buat???!..
menyenangkan or munyusahkan?

bawak agama, bawak jugak..
jangan lupa famly.
dakwah kepada yang terdekat iaitu, famly than masyarakat...
dan biarlah ia seimbang




yAng mEnuLis~

fragile

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:39 AM

assalamualaikum .. long time no see. long time no write..
harapnya semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya
(fuih, mak aii macam nak buat karangan bahasa melayu la pulak!).
inshaALLAH.. alhamdulillah kulihal
....

http://www.smileycodes.info
rasenya dah lama dah tak menaipo (type) kat sini
rindu bangat seyhhhhh...
kesibukan melanda mungkin ?http://www.smileycodes.info

em,, JAP! meh terjah ni jap..!
kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak2
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
sehinggakan kita lupa apa tujuan kita hidup kat muka bumi ni~~

meh!! ULANG kaji apa tujuan KITA hidup
http://www.smileycodes.info  tgok surah az-zariyat 56
Aku tidak menciptakan jin dan manusia agar mereka beribadah kepada-Ku
em,sampaikan kita lupa tugas utama kita.. nauzubillah.. together remind together change!!yeaahh.

meh la~~ cream nak cerita cikit..
susah ya nak jaga hati ni.. fragile sungguh.. kalau fragile kat lover letters (Al-Quran) tak pe jugak!
aiyaaa.. kes mata diri sendiri la ni 
http://www.smileycodes.info
remaja zaman sekarang .. berani sungguh,, tu yang wat tah pape tah..
kate nya ' takde life la mcm ni!kuno,kolot'.. bla bla bla..
eh eh,islam is the way of life.. THE BEST u khow..

em,time time semester break ni, tetibe ada ruang yang tak semenggah pulak untk cream baca novel.
tettt... novel yang mencari makna hidup tau!
http://www.smileycodes.infoterbaik lah !!!!

tapi.. as usual, even novel islamic pasti ada unsur - unsur love..
dulu dok allergic perkataan 'love' tu....eh eh... besau tau makna love tu..
others description is~~ CINTA.. http://www.smileycodes.info
cinta ibu ayah, cinta sahabt - sahbat, cinta sesama saudara..
the most kite kena patut cinta Allah dan Rasullullah s.a.w...

TAPI !! bila tercampurnya cinta kepada ALLAH dan MANUSIA dalam skrip or episod yang sama,
pasti hati kita dok cenderung pada cinta manusia jugak.. (em,paham ke apa yang cream kabo ni??)
im asume as~~~ u alls bijok2 belaka deyh..

ok,back to the story... 
ce tgok, betapa fragile ny la hati manusia ni kan... dengan cream cream sekali hanyut dengan sandiwara novel..
. mula la terbayang... bile aku nak kahwen ni.. persediaan apa yang patut aku buat..
cak cak..! baitul muslim sudah~~

perasaan cinta itu tidak salah, itu adalah fitrah semula jadi... 
Allah menciptakan hawa untuk adam.. dan hidup berpasang pasangan..even haiwan pon ada pasangan dy..

meh tengok muratib amal pulak :
dari individu muslim -----> baitul muslim -----> masyarakat muslim -----> kerajaan muslim ----> daulah  islamiah -----> empayar islam -----> ustaziyatul alam..

jadi, baitul muslim terdiri dalam peringkat - peringkat untuk mencapai ustaziyatu alam..
tapi caranya biarlah benar..

marilah bersama - sama dalam mencari ilmu Allah yang luas ini.. <3
wallahuAllah.. semoga bermanfaat..


yAng mEnuLis~

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:39 AM
Assalamualaikum dan selamat pagi =)
Alhamdulillah.. allah masih beri ruang dan peluang untk kita melihat ciptaaan Nya nan indah ini, menghirup udaraNya, let's say Alhamdulillah together..

Campuran merah dan kuning menjadi= ?
Campuran hijai dan putih menjadi = ?
Belajar seni la plak ye kita mlm ni.
Warna yang telah dicampurkan dua itu akn menjadi warna yang akn terjadi kan (sila cuba experimen ni di rumah =) ) dua campuran warna itu takkan menjadi warna ungu seperti mana yang kita inginkan .. sebab ap 1, sebab dah salah tu campuran dy 2, setiap warna ada sifat2 nya jadi kne betul la campurannya... betul tak?

Kita sebagai manusia seringkali mengharap macam macam harapan.tapi perlu juga ingat yang tak semua Allah beri dengan cepat dan tak semua Allah beri ap yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu.

cuba kita wat experimen lagi ●●●
Kita campurkan campuran warna tersebut then kita bandingkan or kita samma ratakn warna y kita campurkan tu semula dengan campuran y asal.
(Rasanya paham tak dengan experimen kita hari ni =,=" ? ) ok jawapanya>> of coz la tak kan? (Sbb cream wat soalan , skema jawapn dia mcm tu ea...huhu).

Kolo mcm tu apa kaitan dengan perasaan? Kita tidak boleh melawan perasaan syg sebab Allah letakkan dalam diri kita perasaan kasih dan syg.yang kita mampu mengawalnya denya iman dan takwa.

mcm campuan warna tadi, ia tidak dapat nak di ratiokan dengan nisbah warna yang awal setelah dicampurkn dengan semua warna kan? macam tu jugak la dengan kasih sayang. kita boleh berusaha untk menyamaratakan kasih sayang tapi hakikat nya pasti ada perbezaan.. (cukup jangan kasi alasan apa apa.¡¿.haha.. ) contoh ibu bapa sendiri pastinya ada anak yang dia senag, anak yang dia sayang lebih.
Ok, kita singkap sejarah sebentar__kita perlu hidup dengan pelajari sejarah__  rasulullah s.a.w mempunyai ramai isteri tapi baginda ada isteri yang baginda kasihi. Siapakah kita untuk menolak kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati? Layakkah kita untuk membuamg perasaan syg dalam diri individu lain? waaa... jdi DR.CINTA plak.. maag ye cik blogger dr.cinta..heee....

cuma, pikir pikirkan lah.... kolo kita cakap kita hanyalah manusia , pikir juga .. orang lain juga manusia



Hati ini sangat lembut.... adakah betul reader yang ambil medic? walau sekuat mana luaran , walau setabah mana luaran, walau segembira mana luaran, walau se walauwalaupun.... ia pasti akan terluka.sedalam mana se parah mana hanyaAllah sahaja yang tahu.tapi perlu ingat``jangan ikut hati kelak kamu akan mati `` 
Ubatlah hati dengan zikrullah walau pasti masih ada parut di hati... weee~ jiwang pulak malam2

Aduhai hati
Jangan lah kau bersedih hati
Sematilah dalam hati mu ini
Dan fikuranmu ini
Semua ini adalah ujian dariNya
Kamu tidakkan lari dari menghadapinya.
Dlm alquran ada menyebutkan " jangan lah kamu menganggap kamu beriman selagi mana jamu belum diuji"

_jk sala tlg betulkan_
salam muhasabah.... =) senyum sokmo




yAng mEnuLis~

penghubung manusia dengan pencipta (doa)

Published by maNgo_cReam('',) under on 12:33 AM




assalamualaikum..
sebelum cream menaip panjang ..mari kite selami sebentar firman Allah..

maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan maka merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada dia sedang baring , duduk ataupun berdiri . Tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu darinya , maka dia kembali seperti asal (derhaka) seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami akan kesusahan yang telah Kami hilangkan darinya . Begitulah orang orang yang melampaui batas itu memandang baik terhadap apa ysng mereka lakukan ." ( Surah Yunus :12 )

cube kita hayati bait bait maksud surah ini.. rase nye tepat terkene ngn hidung kita.. eh.. bagi cream la..
cream tersentap jugak bila membaca maksud ayat ini..

kite selalu berdoa.. kadang kadang sambil berdiri ,duduk , baring..
tak semestinya selepas sembahyang sahaja.. doa itu mudah..
bila nak masuk toilet pon kite berdoa kan?
contoh bile masuk toilet kite cakap cam ni "Ya Allah jangan lah ada org tolak engsel pintu ini sebab engsel pintu ini dah rosak" . itu pon kire doa jugak

dalam pengharapan (dalam berdoa) disertai dengan tawakal kepadanya..

tetapi tanpa kita sedari doa yang kita panjatkan kepadaNya sentiasa dimakbulkan.. sama ada lambat atau cepat atau sama ada di dunia mahupun di akhirat..

mari singkap sebentar firman Allah..

Maksudnya : Diwajibkan keatas kami berperang (menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu tidak sukai . Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai otu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Surah Al Baqarah:216)

Syekh Ibnu A'thoillah telah menyebut:
Maksudnnya : Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalang mu pada Nya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufiq dan hidayat Nya..

Alangkah baiknya jika sangkaan baik itu sentiasa di dalam diri . Menyerahkan segalanya kepada nya .Kerana Dia maha mengetahui hakikat segala sesuatu..
mohon agar diberikan sifat redha dan Qanaah terhadap segala yang telah ditakdirkanNya

p/s: mohon dibetulkan jika ada kesilapan

yAng mEnuLis~

SOLAT TAHAJJUD

Published by maNgo_cReam('',) under on 3:55 PM

assalamualaikum..
sekadar perkongkisan yang cream dapat dari sebuah buku
,dan semoga dapat diamal kan dalam diri kita..termasuklah saya yang tengah menulis ini..insyaallah

(surah al-isra :79)
maksudnya: "Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanyan sebagai solat tambahan bagimu,semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari Akhirat ditempat yang terpuji"



Rasullullah s.w.t pernah bersabda :
maksudnya: "Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat lalu kedengaranlah sudatu suara yang menyeru: Siapakah dia orang orang(di dunia dahulu yang telah meninggalkan tempat tempat tidur mereka dengan berqiyammullail?) Lalu bangun sekumpulan kecil orang orang yang bangum malam itu lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan hisab pada semua manusia" (Riwayat Al-Baihaqi)



yAng mEnuLis~

melihat dengan hati,,maka bersyukurlah..

Published by maNgo_cReam('',) under on 1:02 PM

assalamualaikum sahabat semua..~
apa khabar,baik kah iman?http://www.smileycodes.info
semoga segala perbuatan kita mendapat kerahmatan dan keredhaanNya..
rase nye cream dah lame tak post kat blog nih..
bukan rase nye.. memang dah lame pon..
sekarang nih baru la cream sempat jari2 nih menari2 kat keybord nih.
cream baru je cuti sem... org dah lame cuti sem,cream baru nak cuti..

balik nih cream dok menelajah la laman laman sesawang yang ad kat dlm alam maya nih..(*betul k ayat tu?)
cream suke berjalan jalan kat blog orang lain..
http://www.smileycodes.info memg hobi tegar dah... tapi bile ada masa la..
jadi nye cream 'usha' la blog kawan kawan..

mm,terlintas perasaan cemburuhttp://www.smileycodes.info dekat kawan kawan kerana terase suasana dan tempat mereka belajar sangat 'selesa' . suasana mereka seperti suasana di sekolah cream dulu.. untuk mencari ilmu akhirat senang sangat.. bagai air sungai yang mengalir.. takpayah dicari,memang dah ada depan mata, dalam sylibus pelajaran mereka pun.. cume nak diaplikasikan dalam diri atau pon tidak. mm,sebab nye kebanyakn sahabat sahabat cream sekarang belajar di usim,uitm,jordan,mesir dan sebangai nye.. bagi cream tempat mereka 'selamat' .
oleh itu adik adik,sahabat sahabat yang sedang bersekolah di smka,sma,atau pun berada dalam suasana usrah.. maka 'grap' la segala ilmu dan aplikasikan lah dalam kehidupan.. jadilah pohon yang berbuah...
http://www.smileycodes.infojangan disia siakan ilmu yang diperolehi..mm,bila difikir kembali,,cream rase menyesal kerana tak 'grap' betul betul ilmu yang ustaz ngn ustazah beri.. belajar semata mata kerana exam.. bila dah abis exam sume lupa..
tapi takpe lah,,yang lalu dijadikan pedoman untuk masa yang akan datang.. takelok menyesali benda yang lalu...

walaubagaimanapun... cream bersyukur .http://www.smileycodes.info
walaupun kadang kala terasa seperti berada dlm keadaan 'pelik' ,
cream dapat merasai kemanisan berukhwah
walaupun kadangkala terasa iman itu diuji
ada sahabat2 yang sentiasa disisi..

sudah satu sem cream meghabiskan kehidupan disini..
kehidupan yang pada mulanya cream merasakan sangat pelik dan menakutkan..
macam macam bende yang cream pelajari di sane..
macam macam bende yang cream dapat di sane..http://www.smileycodes.info
cream kenal dengan akk akk yang kuat memperjuangkan agama Allah di sini..
"islam datang dalam keadaan dagang (asing),dan kembali dalam keadaan asing"
mm,rasenya cream dapat merasakan keadaan itu..
bila difikirkan kembalihttp://www.smileycodes.info,,cream memanjatkan kesyukuran kepadanya,,alhamdulilah ! kerana cream bersama dengan sahabat sahabat yang membawa kepada cintaNYA..
bersama sama sahabat yang berjihad ke jalan ALLAH untuk menegakkan agama ALLAH.. FISABILILLAH..
dapatkah aku tetapkan iman ku selama beberapa thn lagi disini?insyaALLAH

disini juga cream bertemu seorg sahabat /akk yang sangat cream sayangi..
macam macam yang cream pelajari dari beliau..
walaupun beliau ada masalah beliau sendiri tetapi beliau tetap berdakwah kejalan Allah..

jika aku tidak ditakdirkan disini maka tidak bertemulah aku dengan sahabat sahabat ku ini..
jika aku tidak ditakdirkan disini,tidak kutahu lah sejauh mana iman dan ketakwaan ku kepada mu walaupun iman itu Kau yang nilai..
jika tidak aku ditakdirkan disini maka tidaklah aku tahu betapa kuat dan lemaahnya aku dalam amar maaruf nahi munkar..dalam menegakkan agamaMu

Allah akan menolong hambanya yang menolong agama Allah..
kuatkah aku sebagai mana sahabat sahabat aku yang lain,sebagaimana umat2 tertahulu menegakkan agama Allah?
terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan aku sahabat sahabat yang baik


alhamdulilah kullihal..
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. (",)
jangan melihat dengan mata tetapi lihatlah dengan mata hati..
sesungguhnye Allah lah perancang yang terbaik..http://www.smileycodes.info
ya ALLAH...


yAng mEnuLis~

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>