::jOurNey::mEaniNg of LifE~

http://www.smileycodes.info

cReam's bLog

dakwah

Khasiat dalam sebiji epal

Published by maNgo_cReam('',) under on 2:37 AM








Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti
meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung.
Jus yang mengandungi phytonutrient boleh 
melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu 
proses penghadaman 
dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang 
dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat.
Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, 
khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu 
mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat
mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu
bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. -



yAng mEnuLis~

0 comments:

Post a Comment

hELLo~ thAnks fOr foLLowiNg

wELcOme~

center>